(soalan)
Assalammualaikum PC...
Sy nak minta pendapat, dulu saya ada berkawan dgn seorang perempuan. Dan masa tu juga saya tahu yang dia sudahpun ada seseorang. Tapi oleh kerana kami rapat dan dia begitu memahami dan menerima saya seadanya, lama kelamaan perasaan tu menjadi lebih dari seorang kawan. Dia pun begitu juga tapi setelah kami membuat keputusan, kami ingin jauhkan diri dari perasaan sayang dan sebolehnya tak mahu berjumpa lagi. Dia tetap dengan lelaki itu dan mereka akan berkahwin pada tahun depan. Saya terima semua itu. Masalahnya, kami bekerja di satu bangunan dan kerap berjumpa. Dia juga kerap menghubungi saya. Hampir dikatakan setiap hari. Walaupun perjanjian kami tidak berhubung telah dibuat. Skrg ni hubungan kami hanya sekadar kawan. Mungkin dia menganggap seperti itu. Tapi secara jujurnya saya tidak. Saya masih ada perasaan terhadapnya walaupun saya cuba lawan. Sy nak anggap dia sebagai kawan namun susah untuk saya lakukan tu. Kami masih lagi rapat dan setiap hari berhubung.Setiap hari saya fikir cara untuk menjauhkan diri darinya. Bagaimana saya nak lupakan dia jika setiap hari dia menghubungi saya. Jadi, apa yang patut saya lakukan??..
(jawapan)
Salam...
Bagi PakarCinta adalah lebih baik anda berterus terang kepadanya...
Dan menyuruh kepadanya supaya setia pada yang satu...PakarCinta merasakan bahawa anda tahu sakit apabila
dikhianati dan mengetahui pasangan kita curang...
walaupun si dia sering menelefon anda, anda tidak mempunyai kewajipan untuk menjawab telefon tersebut....
So, aku dh dapat jawapannya...Lagipun memang aku nak jauhkan diri..cuma tunggu masa yang sesuai..
No comments:
Post a Comment