Tuesday, 25 October 2011

Bermulanya kisah aku dan dia

Perkenalan antara kami bermula dari Facebook. Sejak itulah aku mula mengenali dia. Kawan baik dia merupakan kawan kepada kawan baik aku. Kira dari mereka jugalah kami kenal.


Dan selepas itu, kami keluar berempat menonton wayang. Aku ingat lagi cerita tu. Rango. Aku rasa dalam bulan March.

Selepas pertemuan itu, aku dan dia menjadi semakin rapat. Perantaraan antara kami adalah facebook. Seringkali kami berchatting. Makin hari makin mesra. Setiap hari jugalah kami bersembang.  Dan aku juga tahu dia telah pun ada seseorang. Tapi aku tak kisah sebab niat berkawan. Apa salahnya...


Dah agak lama kami berchatting, aku mula mengajak dia keluar. Hanya ber2 kami. Kebetulan hari lahir aku semakin hampir. Aku mengajaknya untuk menyambut bersama-sama aku. Walaupun sebenarnya aku tak pernah sambut birthday ni. Dah alang2 aku ada kawan baru, apa salahnya aku keluar meraikan. Lagipun, setakat pergi ronda2 ja. Bukan apa pun.

Aku mengajaknya keluar seminggu sebelum hari jadi aku. Bukan apa, bagi aku ianya untuk pra dating. Ya lah, mana pernah kami keluar berdua. Kenal pun tak sangat. Hanya mesej dalam facebook. Lagipun dah lama aku tak keluar dengan perempuan. Mesti janggal nanti. Jadi untuk menghilangkan gemuruh aku, pra dating bagi aku adalah diperlukan. Ya lah, nanti dua2 senyap, mati kutu nanti.

1st time aku jumpa dia face to face berdua. Aku masih ingat lagi saat-sat itu. Kekok jugak aku. Malu sangat rasanya tapi aku cover. Tak la dia nampak sangat. Dalam hati ni, aku ja tahu. Aku cuba berlagak buat seperti biasa. Be like me. Tak da cover2..


Kiranya not bad r. Kami boleh bersembang-sembang tanpa henti walaupun baru pertama kali jumpa. Memang malu2 tu ada,tapi kami mencuba agar dating kami berjalan lancar.


Kami pergi makan di Tokong Ular. Sembang2. Gelak2. So far, semuanya ok. Dia pun ramah. Bila cam tu, aku lagi la ramah.

Dalam dok bersembang tu, baru lah dia bagitahu sebenarnya dia adalah seorang Penolong Pegawai. Terkejut jugak aku. Mana taknya,  pangkat tu adalah bos pada jawatan aku. Aku jadi agak segan. Dia tak bercakap benar dengan aku. Sedikit terkilan. Alasan dia, dia tak nak nnt kalau aku tahu, aku tak mahu keluar dengan dia. Dia juga tak nak jawatan memisahkan persahabatan antara kami.

Memang benar kalau aku tahu dari awal, aku segan nk keluar dengan dia.Apa pun, benda dah jadi, nak tak nak aku terima. Aku tak marah pun. Aku jugak hepi sebab dia tak ambil kisah langsung mengenai siapapun aku..


Well, kira pra dating aku dan dia berjalan lancar..Mission accomplish. Kami hepi2. Tak da nak bosan2. Sekejap ja rasa masa berlalu. Lepas kami tengok wayang cerita Battle Los Angelas kami pun balik. 

No comments:

Post a Comment