Pagi ni awal2 lagi dia dah call tapi aku malas nak jawab..2-3 kali jugak dia mesej..Aku tk hirau...Aku dah tak ada hati nak bercakap dengan dia..
Aku masih serabut...Rasa terkilan sangat...Biarlah kat dia..Aku tak nak halang hubungan dia dengan lelaki tu..Diaorang nak rapat ke, nak dating ke, aku tak nak amik tahu..Cuma aku harap klu diaorang dating, jangan sampai nampak dengan mata aku sendiri...Mesti luluh hati aku...
Sampai kmpg, aku masih dok fikir..Last2, aku rasa baik aku berterus terang..Aku pun puas hati dan dia pun tak tertanya-tanya...
Aku pun call dia..Terus terang...Cakap apa yang lahir dari hati aku...Dia mendengar apa yang aku cakap..Mungkin dia agak terkejut...Tapi, aku tak kisah..aku sebolehnya nak luah apa yang aku rasa tapi aku tak dapat nak lakukan semua...
Aku buat begitu bukan sebab nak menghukum dia..Apa lagi nak membalas dendam.Cuma aku nak dia tahu yang hati aku ni sakit...Tapi aku tak marahkan dia..Aku sedar siapa lah aku disisi dia..Aku dan dia hanya kawan..Tak da apa2 hubungan...Aku tak berhak nak marah dia..
Aku tahu dia sedih...Tapi jangan ingat aku gembira buat macam tu..Aku pun sedih..Susah nak aku gambarkan apa yang aku rasa...
Lepas tu, dia ada jugak call tapi aku tak nak jawab..Aku ni lemah sikit..Bukan boleh dengar perempuan menangis..Jadi aku kena kuatkan diri..Aku pernah melaluinya dulu..Buat hati kering..
Selepas apa yang terjadi, aku rasa susah aku nak lupakan apa yang aku lalui..Aku jenis kuat cemburu, cepat terasa dan kalau aku makan hati, lambat nak baik...Aku jenis macam tu..Jadi, aku rasa lebih baik aku menjauhkan diri dari dia..
Dia tak kan rasa kehilangan aku..Lagipun dia dah ada seseorang yang dia sayang..Dan dia pun semakin rapat dengan lelaki tu..Aku rasa mungkin lelaki tu lebih baik dari aku dan dapat bersama-sama dia di waktu sukar..Dan dia juga boleh berkongsi suka -duka dengan lelaki tu..
Aku akan geira kalau dia gembira..Aku menyokong dia dari jauh...Aku harap dia berkawan baik dengan lelaki tu..Cuma satu yang aku harap..Aku nak dia berhati-hati..Jangan cepat percaya dan simpati dengan orang..Aku pun tk kan percaya dengan orang yg suka jual ayat simpati ni...
Apa2 pun, aku tetap akan ada untuk dia walau apa pun terjadi...Walau aku sedih, tapi aku gembira bila dia gembira tak kisahlah dengan siapa pun dia berkawan...
No comments:
Post a Comment