Tuesday, 18 October 2011

Semalam aku ada gaduh2 sikit ngan dia. Tapi nak kata gaduh tu tak la, just masing-masing meluahkan rasa hati. Ya la, aku dan dia dah bersetuju khamis ni nak keluar tgk wayang berdua. Makan pizza bersama. Last2 dia ajak kawan dia. Depan aku pulak tu.


Memang aku agak geram. Aku nak belanja dia makan pizza kerana sebelum tu aku kalah main boling. Bila aku kalah aku kena la belanja..Pastu klu dh tgk wayang tu, plan kami nak makan pizza pun kena la ajak kawan dia jugak. Kalau betul la kawan dia tu ikut, mmg aku ajak jugak makan pizza tu. Dan aku akan layan kawan dia habis-habisan.. Bia r dia geram. Memang sengaja aku buat macam tu. Biar dia rasa terpinggir. Dah tu yang dia nak.


 Last2, aku yang kena marah. Dia akui jelez. Rasa dipinggirkan sebab lebihkan kawan dia nanti. Haa, tau pulak dia..Ingatkan tak kisah..


Aku lebih suka keluar berdua sebenarnya. senang. Aku hepi dengan dia dan kalau boleh aku tak nak ada sesiapa ada. Lagi pun, masa aku untuk berdua dengan dia dah semakin suntuk. Aku cuba untuk menghabiskan semua masa yang ada bersama dia.


Dan malam tu pun kami keluar seperti yang dijanjikan. Pergi makan dan Tesco. Beli2 barang rumah. Seronok rasanya dapat teman dia beli barang. Aku suka perhatikan dia masa dia asyik membelek-belek barang tanpa dia sedari.Rasa sesuatu yang membuatkan hati aku tenteram namun dalam masa yang sama aku jugak berasa sedih. Sedih sebabaku tahu  semua ni akan berakhir nanti. 


Seperti biasa, kami gembira. Langsung tak ungkit pasal gaduh tadi. Kami gelak2 ja sepanjang masa. Aku hepi bila dapat buat dia ketawa sebab aku tahu dia hepi. 

No comments:

Post a Comment