Bila dah moody macam ni, aku suka fikir macam2 pasal dia..Hati aku tak tenang sejujurnya..Aku takut dia ada org lain selain aku..Tapi, aku cuba tenangkan diri..
Time2 macam ni, mula lah aku rasa memang patut aku percepatkan menjauhkan diri dari dia.. Ya, memang dari dulu lagi aku nak buat macam tu, tapi aku tak cukup kuat..Aku tak nak berjauhan dari dia
Ada jugak kawan2 aku yang nasihatkan agar cepatlah membuat keputusan..Aku memang wajib jauhkan diri dari dia..Dia dah ada pun seseorang yang sangat sayangkan dia..Tapi aku masih melayan dia macam dulu..Sebenarnya aku dah buat keputusan aku nak jauhkan diri dari dia selepas raya haji ni..Memang dari dulu aku dah rancang..Lagipun, aku nak tunaikan semua janji aku dulu pada dia..Pergi makan di Teluk Tempoyak...Pergi Toy Muzium..Pastu datang beraya haji di rumah aku..
Bila dah setel semua tu, baru aku akan jauhkan diri..Tapi adik dia pula tak berapa sihat..Aku dok fikir jugak..Nnt aku tidak bersama dia di kala dia dalam waktu2 sukar..
Ntah la...Aku cuma berharap agar perkara ini berakhir dengan cepat..Biarlah aku kecewa..Biarlah aku kesunyian asalkan aku tidak menganggu hubungan dia...
Aku rasa ketiadaan aku tidak menjejaskan kehidupan dia..Ya la, dia dah ada seseorang yang dapat berkongsi suka bersama. Sekurang-kurangnya hidup dia dah terisi..Aku??? MAsih lagi sorang2 dan siapa pun tk faham perasaan aku..
Kini masanya dah makin hampir..Lepas raya haji ni aku akan cuba jauhkan diri dari dia..Aku akan buat..Aku dh nekad..Tak mau peduli apa2 dah..Lagipun, kalau dia dah rapat dengan lelaki dari FB tu, dia masih ada seseorang yang akan berkongsi perasaan dengan dia...
aku???..Biarlah.....Aku tetap macam ni....
No comments:
Post a Comment