Friday, 2 December 2011

08 November 2011 - selasa


Hari ni kerja macam biasa. Dan dlm waktu tu jugak aku ngan dia chatting2 dlm YM..Memang aku hepi lg hari tu. Ya la, smlm date ngan dia. Mood tak ilang lg..Dlm dok chat2 tu, biasala aku, dlm tak sedar asyik nak manja2 ngan dia...

Lepastu dia kata suruh aku berhati-hati. Dia tak nak aku terluka lg..Aku faham dengan maksud dia. Dia tak nak kami bersedih macam dulu lg...

Tiba2 aku macam tersedar. Betul jugak apa yang dia cakapkan tu.Tak salah pun.  Dan jari aku pun ringan ja menaip. Aku cakapkan dah sampai masanya kami merenggangkan hubungan kami.  Aku nak berjauhan dengan dia. Macam yang aku plan. Lepas raya haji aku akan blah...

Memang betul aku buat mcm tu tp dlm masa yang sama hati aku tak tenteram. Rasa sedih sangat.  Dia pun macam terkejut namun dia akur. Dia bersetuju dengan cadangan aku tu..Plan aku terpaksa aku lakukan dalam sekelip mata. Dalam masa yang aku rasakan begitu indah. Aku pasrah..

Walaupun mcm tu, aku dah rasa lain. Hati aku tak tenang. Rasa mcm kekurangan sesuatu. Buat tu tk kena buat ni tak kena. Aku benci perasaan macam ni sebenarnya. Aku tak tahu macam mana lg aku nk terangkan apa yang aku rasa. Kesimpulan yg aku dpt jelaskan adalah sesungguhnya perasaan ini aku rasakan amat teruk sekali. Worst feeling...

Aku terpaksa gagahkan hati dan kuatkan semangat. Aku rasa mungkin dh sampai masa untuk aku berbuat begitu.  Tp petang tu aku terpaksa berjumpa dengan dia kerana dia ingin member aku daging. Nak tak nak aku terpaksa berjumpa dengannya kerana aku telah bersetuju sebelum tu ..

Petang tu, masa aku ambil daging darinya, kami hanya mampu untuk tersenyum kelat. Apa yang aku dpt luahkan pada dia hanyalah ucapan terima kasih dan selepas itu aku tidak lagi menolehnya. Sebenarnya aku agak terkilan sedikit sebab kami telah merancang ubtuk balik kampung aku pada petang tu untuk beri daging pada kak aku. Tapi bila dh jd mcm tu, aku pun balik sorang.

Bila dh smp kampung petang tu, aku terus off henset. Aku tak mahu bercakapdengan dia. Bukan apa, aku tahu mesti suasana agak sedih. Aku ni bukan boleh dengar dia dlm kesedihan sangat.  Jadi aku pun tutup. Biarlah apank jd pun walau dlm hati ni aku rasa berat untuk menanggung beban.
Walaupun mcm tu, aku akan on henset tu kejap2..Memang ada beberapa miss call dari dia. Biar lah..Malam tu dalam pukul 11 lbh aku pun on kembali henset. Dia ada mesej bertanyakan samada aku smp ke kampung atau belum..Ada sedikit kekesalan dlm hati aku. Ya lah, aku membuatkan dia kerisauan. Tak lama lepas itu dia pun call. Kali ni aku rasa kasihan lalu aku pun menjawab panggilan dia. Sekejap saja kami berbual. Aku pun kata dh sampai kampung.memang nada suara dia seolah-olah dlm kesedihan....

2 comments:

  1. huhuhuhu.....gituuulaaaa..up n down...down then up....happy then sad.....nak tapi xboleeee..... lawan tapii kalah...kuat tapi lemah....senyum tapi tangis...tenang tapi kalut..n finally back again....then it happened again n again till she left u for her soul.....huhu kejam x...KEJAM X kata2 ku...tp itulah hakikat..tunggang langgang kan ayat...disebalik yg tersurat terselit yg tersirat...just think of it dear.....

    ReplyDelete
  2. yup..ari2 difikirkan benda ni...luar nkpak hepi tp dalam serabut...menunggu kesudahan

    ReplyDelete